FAQs Kempen Tajaan Shopping Raya 2016

Bismillah πŸ™‚

Berikut merupakan antara Frequently Asked Questions (FAQs) berkenaan Program Shopping Raya ini. Maaf, jika ada yang terkeliru dengan informasi-informasi yang kami kongsikan berkenaan program tersebut sebelum ini. Oleh itu, kami harap segala kekeliruan daripada anda dapat kami jawap di bawah.

Nah, kami kongsikan sesi β€œAnda tanya, Projek Rakyat JB jawab!” *wink*

1) Apa itu Program Shopping Raya?

– Program Shopping Raya ini adalah program penajaan penyediaan kelengkapan Hari Raya untuk anak-anak daripada kumpulan sasaran kami, iaitu anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf yang terpilih.

2) Kenapa Program Shopping Raya?

– Kenapa tidak? Haha. Kerana kami akan membawa anak-anak ini merasai sendiri suasana membeli-belah menjelang musim perayaan. Biarlah mereka nikmati juga kegembiraan membeli-belah sebagaimana kita semua.

3) 150 tajaan itu merujuk kepada 150 penerimakah?

– Ya. Angka 150 itu merujuk kepada sasaran tajaan kami.

4) Siapakah yang akan menerima sumbangan kami?

– Para penerima sumbangan Shopping Raya 2016 ini terdiri daripada semua penghuni Asrama Kebajikan Ar-Rayyan, Johor Bahru. Untuk makluman semua, terdapat tiga Asrama Kebajikan Ar-Rayyan di Johor Bahru ini iaitu:

i) Asrama putera di Taman Sutera

ii) Asrama puteri di Taman Sri Amar

iii) Asrama tahfiz di Taman Tampoi Utama

iv) Rumah Raudhatul Maryam Pulai Utama

5) Kenapa gunakan akaun peribadi dan bukan akaun rasmi pertubuhan?

– Untuk makluman semua, kami dalam proses memdapatkan akaun rasmi persatuan. Doakan kami ya, agar kami dapat officialize kan hal ini ASAP!

Makluman tambahan, Nurulaini adalah Bendahari Projek Rakyat JB yang bertanggungjawab menjaga kewangan pertubuhan ini.

6) Memang kena bagi RM200 ke? Kalau saya nak bagi RM1, RM2 atau RM5 sahaja tak boleh ke hah?

– Begini akak-akak, abang-abang, adik-adik semua… RM200 itu adalah sasaran kami untuk setiap tajaan. Anda bebas menderma seberapa banyak jumlah yang anda mahu. Hatta 10 sen sekalipun! Ya, betul. Dan setiap sumbangan itu kami akan gabungkan bersama menjadi satu tajaan lengkap.

Oh ya, para penderma juga boleh mengikut formula tajaan ini yang mudah dilaksanakan bersama keluarga atau sahabat terchenta, wah!

Formula tajaan:

RM200 / 2 orang = RM100 / penaja

RM200 / 4 orang = RM50 / penaja

RM200 / 5 orang = RM40 / penaja

RM200/ 10 orang = RM20 / penaja

RM200/ 20 orang = RM10 /penaja

Amacam? Mudah kan?! Ya, memang lebih mudah daripada formula Add Maths pun.

7) Kepada siapa saya boleh berhubung sekiranya saya mempunyai persoalan lanjut?

– Tuan/Puan boleh menghubungi mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kempen tajaan Shopping Raya 2016 ini:

1. Aslam – 017 6189 445
2. Fatin – 011 1214 3478
3. KA – 016 3800 480
4) Yatt – 011 3254 3269

Sekian, kami harap segala persoalan daripada anda kini telah terjawab. Mohon kerjasama anda ya untuk sebar-sebarkan hebahan kempen tajaan Shopping Raya 2016 ini. Semoga dengan bantuan anda semua, kami berjaya mencapai matlamat yang disasarkan. Insya ALLAH!